LOS ANGELES: Tesla memperkenalkan robotaxi yang telah lama dijanjikan dalam satu acara di Hollywood, sambil memberikan kemas kini kepada pelabur mengenai projek kecerdasan buatan (AI) yang dipercayai akan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan jangka panjang pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu. Bagaimanapun, pelabur dan penganalisis turut mengingatkan tentang cabaran teknologi dan menurunkan jangkaan terhadap apa yang akan diumumkan. Musk merancang untuk mengendalikan armada teksi Tesla tanpa pemandu dipanggil Cybercabs, yang boleh ditempah oleh penumpang melalui aplikasi. Tumpuan juga akan diberikan kepada kemajuan yang dicapai oleh syarikat dalam pembangunan perisian separa automasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya