SINGAPURA: Taikun hartanah, pengusaha hotel dan ketua GP Singapura, Ong Beng Seng didakwa atas penglibatannya dalam kes bekas Menteri Pengangkutan, S. Iswaran. Beng Seng, 78, berdepan satu tuduhan bersubahat membolehkan seorang pegawai awam memperoleh hadiah dan satu lagi tuduhan menghalang proses keadilan. Iswaran, yang dihukum penjara setahun semalam, mengaku bersalah kerana memperoleh barangan seperti tiket Formula 1 dan perjalanan ke Doha oleh Beng Seng. Dalam tuduhan pertama di bawah Seksyen 165, Beng Seng dituduh menghasut Iswaran untuk memperoleh barangan berharga untuknya dengan menawarkan perjalanan ke Doha. Kertas pertuduhan menyatakan Iswaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya