Sembilan maut, hospital terbakar di Taiwan

Sembilan maut, hospital terbakar di Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Sembilan orang maut dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di selatan Taiwan, lapor agensi bomba pulau itu.

Menurut catatan dalam talian oleh agensi bomba, kebakaran di daerah Pingtung berlaku kira-kira pukul 7.40 pagi (waktu tempatan) namun hanya berjaya dipadamkan sejurus selepas pukul 1 tengah hari.

Lapan mangsa disahkan meninggal dunia selepas dibawa keluar untuk rawatan sementara seorang lagi kemudiannya ditemui mati di tempat kejadian.

Kebakaran berlaku pada hari yang sama Taufan Krathon mendarat di selatan pulau itu.

Taufan Krathon memaksa sekolah dan pejabat ditutup untuk hari kedua di tengah-tengah angin kencang dan hujan lebat yang menyebabkan dua maut dan lebih 100 cedera.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN