NEW DELHI: Sekumpulan penipu di India berjaya membuka dan mengendalikan cawangan palsu bank terbesar di negara itu, State Bank of India (SBI), selama 10 hari untuk memperdaya orang ramai membayar sejumlah wang bagi mendapatkan pekerjaan tetap di sana. Penduduk Chhapora, sebuah kampung di negeri Chhattisgarh, terkejut melihat pembukaan cawangan SBI di kawasan mereka. Walaupun ada yang curiga sejak awal, namun ramai yang menganggap ia sebagai peluang untuk mendapatkan pekerjaan stabil dengan gaji lumayan. Seorang lelaki berusia 25 tahun, Pintu Dhurve adalah antara enam orang yang berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai juruwang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya