MOSCOW: Tentera Russia menawan pekan Vuhledar di timur Ukraine, selepas serangan sengit sejak Moscow melancarkan serangan besar-besaran pada 2022. Kemaraan tentera Moscow itu dilaporkan ketika Ukraine merayu untuk mendapatkan lebih banyak senjata daripada sekutu Barat yang menyokongnya. Komando tentera timur Ukraine berkata, pasukannya sudah berundur dari bandar perlombongan arang batu di puncak bukit untuk mengelak dikepung oleh tentera Russia dan melindungi kakitangan serta peralatan ketenteraan mereka. Kementerian pertahanan Russia tidak menyebut tentang Vuhledar dalam laporan medan perang hariannya tetapi saluran Telegram negara itu menerbitkan video tentera mengibarkan bendera tiga warna…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya