PARIS: Ribut Kirk yang melanda Perancis pada Khamis mengorbankan satu nyawa di bahagian selatan negara itu, lapor media tempatan. Menurut pihak berkuasa cuaca, Meteo France, Perancis kekal berjaga-jaga, terutamanya di jabatan utara-tengah Seine-et-Marne. Ribut tersebut membalikkan bot di bandar Sete yang terletak di bahagian Mediterranean negara itu. Seorang kelasi amatur meninggal dunia dan seorang lagi dirawat di hospital, lapor penyiar BFMTV yang memetik pihak berkuasa tempatan. Lebih 65,000 rumah terputus bekalan elektrik dan hujan lebat menyebabkan beberapa bandar ditenggelami air, termasuk laluan kereta api terganggu di lima wilayah.- AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya