NEW YORK: Washington akan membenarkan beberapa warga Lubnan yang terjejas akibat konflik di negara mereka untuk tinggal sementara di Amerika Syarikat (AS) dan memohon permit bekerja. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri memaklumkan, Status Perlindungan Sementara (TPS) akan memberikan kelonggaran imigresen kepada warga Lubnan yang layak ekoran konflik bersenjata di negara itu. Mereka yang layak akan dibenarkan tinggal di negara itu sementara AS mengadakan perbincangan untuk mencapai penyelesaian diplomatik bagi kestabilan dan keselamatan berpanjangan di sempadan Israel-Lubnan. Tawaran itu terpakai untuk mereka yang sudah berada di AS sejak 16 Oktober dan sah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya