JAKARTA: Presiden baharu Indonesia, Prabowo Subianto menyeru semua rakyatnya bersatu dengan semangat demokrasi tanpa sikap hipokrit dan berjanji untuk membebaskan mereka daripada kemiskinan serta penindasan sejurus mengangkat sumpah jawatan semalam. Beliau turut menegaskan setiap pemimpin yang dilantik itu bukannya bekerja untuk diri sendiri mahupun keluarga sebaliknya harus berusaha keras menabur bakti untuk kesejahteraan rakyat. “Kita mahukan demokrasi yang sesuai dan datang dari sejarah dan budaya kita, demokrasi mesti bersopan, demokrasi mesti ada perbezaan pendapat tanpa permusuhan atau cercaan. “Kita harus selalu ingat setiap pemimpin di semua peringkat harus selalu ingat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya