SYDNEY: Polis Australia berjaya menemukan semula kira-kira 40,000 syiling edisi terhad bertemakan siri kanak-kanak popular, Bluey yang sebelum ini dilaporkan dicuri dari sebuah gudang di Barat Sydney. Dilaporkan sebanyak 63,000 syiling yang dikeluarkan oleh Australian Mint telah dicuri pada Julai lalu, kira-kira dua bulan sebelum ia sepatutnya diedarkan dipasaran. Menurut pihak berkuasa, 40,061 syiling tersebut berjaya ditemui pada Selasa lalu dalam satu serbuan di sebuah premis kira-kira 10 kilometer dari gudang tempat penyimpanan asal. Syiling edisi terhad yang bernilai A$1 (RM4.38) setiap satu, telah dicuri sebelum pelancaran rasminya. Menurut Polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya