SEOUL: Seorang lelaki berusia 50-an dilaporkan meninggal dunia akibat kelewatan mendapatkan rawatan kecemasan selepas ditolak beberapa hospital yang kekurangan kakitangan berikutan mogok doktor yang masih berterusan di Korea Selatan. Menurut Kementerian Kesihatan dan Kebajikan, perkhidmatan kecemasan di wilayah Gyeongsang Selatan menerima laporan pada pukul 3.28 pagi, 6 September lalu, mengenai seorang lelaki dari Yeoncho-myeon di Geoje mengalami sakit perut dan muntah. Sebelum itu, beliau telah melawat sebuah bilik kecemasan berhampiran dan diperiksa oleh doktor, namun tiada masalah besar yang ditemui. Lelaki tersebut masih sedar ketika diambil oleh pasukan perubatan kecemasan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya