LONDON: Pemakan pedas terpantas, Mike Jack, sekali lagi mencabar deria rasa dirinya apabila memecahkan rekod dunia makan jumlah sos paling pedas terbanyak dalam masa tiga minit. Pempengaruh dari Kanada itu berjaya menghabiskan sebanyak 1.12 kg sos pedas semasa lawatannya ke Ibu Pejabat Guinness World Records di London, baru-baru ini. Jumlah itu lebih berat daripada dua bola sepak, yang masing-masing mempunyai berat sekitar 450gram. Dalam percubaan tersebut, Mike memulakan cabarannya dengan menuang dua botol sos Sriracha ke dalam mangkuk dan bersedia dengan satu sudu teh. Dengan isteri yang juga jurulatihnya, Jamie,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya