BEIRUT: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa serangan udara Israel membunuh dua bakal pengganti pemimpin Hezbollah selepas meluaskan serangan daratnya terhadap kumpulan disokong Iran itu. “Kami sudah melemahkan keupayaan Hezbollah. Kami mengeluarkan beribu-ribu ‘pengganas’, termasuk Hassan Nasrallah sendiri dan pengganti-pengantinya. “Hari ini, Hezbollah lebih lemah daripada tahun-tahun sebelumnya,” kata Netanyahu, tanpa menamakan dua pemimpin penganti yang dimaksudkannya. Tentera Israel berkata, serangan udara terhadap kubu bawah tanah Hezbollah di selatan Lubnan dalam tempoh 24 jam sebelum ini membunuh sekurang-kurangnya 50 pejuang termasuk enam komander dan pegawai wilayah.-REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya