JAKARTA: Indonesia berusaha menarik minat golongan petani muda dengan menawarkan teknologi moden dan gaji minimum sebanyak 10 juta rupiah (RM2,772) dalam usaha mencapai matlamat jaminan bekalan makanan sendiri. Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berkata, negara tersebut perlu menghasilkan bekalan makanan mencukupi untuk rakyatnya dan tidak terus bergantung pada makanan import. Pada Rabu, Menteri Pertanian, Andi Amran Sulaiman berikrar untuk mencapai sasaran tersebut dalam tempoh tiga tahun, setahun lebih awal daripada jangkaan Prabowo. Kerajaan bercadang membentuk 15 brigade petani milenial untuk menguruskan 200 hektar tanah pertanian yang meliputi kawasan seluas 374 padang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya