Hampir 100 maut akibat lori tangki meletup di Nigeria

Hampir 100 maut akibat lori tangki meletup di Nigeria

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANO: Seramai 94 orang maut dan 50 yang lain cedera akibat lori tangki yang membawa bahan api meletup di utara Nigeria, hari ini.

Jurucakap Polis, Lawan Shiisu Adam berkata, lori tangki itu melencong kerana cuba mengelak daripada bertembung dengan sebuah lori di bandar Majia.

Jelasnya, orang ramai cuba mengutip bahan api yang tertumpah di jalan raya dan dalam longkang selepas lori tangki itu terbalik di utara negeri Jigawa.

“Angka kematian mungkin meningkat. Setakat ini, kami sahkan 94 orang maut,” katanya.

Letupan lori tangki yang membawa bahan api adalah insiden biasa yang berlaku di negara paling ramai penduduk di Afrika. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya