JAKARTA: Bekas penyanyi kumpulan popular Nidji, Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden, Prabowo Subianto. Prabowo mengumumkan perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Merah Putih itu di Istana Merdeka di Jakarta. Giring akan berkhidmat bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan. Nidji terkenal sekitar 2000 an dengan lagu-lagu bernafas baharu seperti Laskar Pelangi dan Hapus Aku. Giring mengundurkan diri daripada kumpulan itu pada 2017 untuk melanjutkan pelajaran sebelum memilih terjun ke dunia politik dan menyertai Parti Solidariti Indonesia (PSI) pada 2019. Kini, beliau adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya