GOMA: Republik Demokratik Congo, yang bergelut dengan wabak Mpox, memulakan kempen vaksinasi terhadap virus itu pada Sabtu di bandar timur Goma. Pelancaran kempen, sepatutnya dijadualkan pada Rabu lepas, ditunda selama tiga hari akibat kesukaran logistik dalam menghantar vaksin ke seluruh negara. Menurut AFP, vaksin pertama diberikan kepada kakitangan hospital, dengan kempen ini menyasarkan penduduk di timur negara mulai Isnin. Ketua kakitangan di Kementerian Kesihatan Congo, Romain Muboyayi berkata, negara itu akan melancarkan perang habis-habisan terhadap wabak yang menular sejak setahun lalu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam hantaran di X berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya