MANILA: Ribuan pasukan marin Amerika Syarikat (AS) dan Filipina melancarkan latihan bersama selama 10 hari di utara dan barat Filipina, sehari selepas China mengadakan latihan besar-besaran di sekitar Taiwan. Latihan tahunan Kamandag atau Venom tertumpu untuk mempertahankan pantai utara Pulau Luzon yang terletak kira-kira 800 kilometer dari Taiwan. Beijing menganggap Taiwan sebahagian daripada wilayahnya dan berikrar tidak akan menolak menggunakan kekerasan untuk merampasnya, menggelar latihan semalam sebagai ‘amaran keras’ kepada pasukan pemisah di pulau itu. Latihan bersama itu diadakan di tengah-tengah siri konfrontasi yang semakin memuncak antara China dan Filipina…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya