BEIRUT: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan pusat Beirut semalaman. Serangan tersebut memusnahkan bangunan pangsapuri di kawasan kejiranan Bachoura. Serangan udara Israel itu turut menyasarkan kemudahan perubatan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Hezbollah di tengah Beirut. Bangunan itu hanya beberapa meter dari Parlimen Lubnan dan Ibu Pejabat Serantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Dua maut serta-merta di tempat kejadian sementara yang lain meninggal dunia ketika dirawat di hospital. Sehingga ini, masih terdapat tujuh orang yang cedera dirawat di hospital,” lapor wartawan Al Jazeera,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya