BANGKOK: Lebih 30,000 keluarga di seluruh Thailand terjejas akibat banjir besar yang melanda negara itu, sementara operasi menyelamat dan bantuan giat dijalankan, lapor media tempatan. Sebanyak 20 wilayah di utara dan timur laut Thailand masih bergelut dengan kesan banjir, menurut laporan Bangkok Post. Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana, banjir yang berlaku di kebanyakan wilayah di Thailand menjejaskan 34,373 keluarga. Setakat ini, sekurang-kurangnya 26 orang dilaporkan terkorban di seluruh negara akibat banjir yang berlaku sejak 16 Ogos lalu. Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat giat dilancarkan selepas dua gajah ditemukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya