KAHERAH: Sebuah bas yang membawa pelajar universiti terbabas dan terbalik di lebuh raya di timur laut Mesir, mengorbankan 12 orang dan mencederakan 33 yang lain, lapor kementerian kesihatan. Pelajar dari Universiti Galala yang berpangkalan di Suez dalam perjalanan pulang ke rumah menggunakan lebuh raya Ain Sokhna, apabila kemalangan itu berlaku. Kementerian tidak mendedahkan punca nahas itu. Menurut kenyataan itu, sebanyak 28 ambulans bergegas ke lokasi kejadian membawa mangsa yang cedera ke Kompleks Perubatan Suez, tetapi tidak mendedahkan keadaan mereka. Kemalangan lalu lintas maut meragut ribuan nyawa setiap tahun di Mesir,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya