COLOMBO: Presiden baharu Sri Lanka, Anura Kumara Dissanayake melantik seorang ahli parlimen pembangkang, Harini Amarasuriya sebagai Perdana Menteri. Pelantikan itu sekaligus menjadikannya perdana menteri wanita pertama dalam tempoh 24 tahun yang mengetuai kerajaan negara tersebut. Amarasuriya, 54, merupakan seorang pensyarah universiti dan aktivis, berasal dari latar belakang yang serupa dengan Dissanayake dan kedua-duanya merupakan ahli gabungan National People’s Power berfahaman Marxis. Kemenangan Dissanayake dalam pilihan raya Sabtu lalu, mengatasi bekas Presiden, Ranil Wickremesinghe dan pemimpin pembangkang Sajith Premadasa, setelah rakyat Sri Lanka menolak golongan ahli politik lama yang menjadi penyebab…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya