LONDON: Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan mengecam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) kerana gagal menghentikan peperangan di Gaza. Bercakap pada perhimpunan pemimpin dunia di Perhimpunan Agung PBB (UNGA), beliau berkata, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan anggota kepemimpinannya membahayakan nyawa rakyat Palestin, Israel dan seluruh wilayah demi kepentingan politik. “Saya menyeru kepada UNSC, apa lagi yang anda tunggu untuk menghalang pembunuhan beramai-ramai di Gaza, untuk menghentikan kekejaman dan kebiadaban ini?” tambahnya. Tegasnya, keadaan di Palestin adalah ‘petanda keruntuhan moral yang besar’ dan kerajaan Israel tidak menghiraukan hak asasi manusia,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya