ISLAMABAD: Penunjuk perasaan di bandar selatan Pakistan, Karachi bertempur dengan pihak polis ketika mereka cuba bergerak menuju ke Konsulat Amerika Syarikat (AS) dalam demonstrasi membantah pembunuhan pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah oleh Israel. Penunjuk perasaan yang marah melaungkan slogan ‘Mati Amerika’ sambil membawa poster-poster Nasrallah. Dalam insiden itu, tujuh anggota polis dilaporkan cedera akibat dibaling batu oleh penunjuk perasaan dan sedang menerima rawatan di hospital. Menurut Timbalan Ketua Polis, Asad Raza, pihak polis terpaksa menggunakan rotan dan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penunjuk perasaan yang melanggar kawasan larangan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya