COPENHAGEN: Sebuah pesawat syarikat penerbangan Scandinavian Airlines (SAS) terpaksa mendarat cemas Rabu lalu selepas seekor tikus secara tiba-tiba muncul dari makanan penumpang. Jurucakap SAS, Oystein Schmidt memberitahu, ketika kejadian, pesawat tersebut yang dalam perjalanan dari ibu negara Norway, Oslo, ke Malaga, Sepanyol, terpaksa membuat pendaratan cemas di Copenhagen, Denmark. Katanya, lencongan itu dibuat mengikut prosedur syarikat kerana kehadiran tikus tersebut menimbulkan risiko keselamatan. Penumpang dalam penerbangan itu kemudiannya diterbangkan ke Malaga dengan pesawat lain. “Ini adalah sesuatu yang sangat jarang berlaku. Kami telah menetapkan prosedur untuk situasi seperti ini. “Kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya