NEW YORK CITY: Pertubuhan hak asasi manusia Israel, B’Tselem menuduh rejim Zionis menggunakan trauma yang kononnya dialami penduduknya untuk menghalalkan serangan berterusan terhadap Gaza dalam usaha mengukuhkan kawalan di seluruh wilayah tersebut. Pengarah B’Tselem, Yuli Novak berkata, alasan berkenaan membolehkan tentera Israel melakukan jenayah perang hampir setiap hari di Gaza. “Israel mengusir penduduk awam Palestin, mengakibatkan mereka kebuluran, melakukan pembunuhan dan kemusnahan dalam skala yang belum pernah berlaku sebelum ini. “Tindakan ini melebihi sekadar balas dendam,” katanya seperti lapor Arab News. Novak berkata demikian semasa mesyuarat kecemasan pertubuhannya dengan Algeria…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya