MUMBAI: Ribut dan hujan lebat mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang di ibu kota kewangan India di Mumbai. Beberapa bahagian bandar menerima lebih 230 milimeter hujan dalam tempoh lima jam pada petang Rabu, lapor akhbar Times of India, memetik data stesen cuaca tempatan. Televisyen tempatan menyiarkan imej beberapa penduduk meredah banjir setinggi lutut yang menenggelamkan beberapa kenderaan. Seorang wanita berusia 45 tahun dilaporkan lemas di pinggir bandar Andheri. Dua buruh juga terbunuh selepas dipanah petir di bandar Kalyan, sekitar 40 kilometer di luar Mumbai, manakala seorang lagi wanita lemas berhampiran air terjun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya