BIRMINGHAM, Alabama: Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala 17 lagi cedera selepas beberapa penyerang melepaskan tembakan rambang di Birmingham, di sini kelmarin. Menurut Datuk Bandar Birmingham, Randall Woodfin pada satu sidang media semalam, penyerang masih belum dapat dicekup dan pihak berkuasa sedang melakukan pemburuan besar-besaran. “Kejadian ini menggemparkan penduduk sekitar. Orang ramai diminta tampil membantu jika mempunyai maklumat tentang insiden ini,” katanya. Terdahulu, Ketua Polis Birmingham, Scott Thurmond berkata, kejadian berlaku di luar sebuah kelab malam apabila sebuah kenderaan dinaiki beberapa suspek melepaskan tembakan ke arah sekumpulan individu yang sedang menanti giliran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya