3 maut insiden balas tembakan di kediaman Presiden di Guinea

3 maut insiden berbalas tembakan berhampiran kediaman Presiden di Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAKAR: Tiga penyerang maut sementara lapan yang lain ditangkap selepas sekumpulan bekas anggota tentera yang menentang kerajaan, berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan berhampiran Istana Presiden Guinea malam tadi, memaksa tentera menutup laluan ke kediaman rasmi itu di Conakry dan kawasan sekitarnya.

Seorang wartawan tempatan, Fode Toure yang berada beberapa ratus meter dari Istana Presiden memberitahu The Associated Press (AP), dia mendengar bunyi tembakan dan melihat orang ramai melarikan diri dalam keadaan panik.

Seorang wartawan AP yang berada berhampiran pula melihat tentera bersenjata berat mengawasi jalan-jalan.

Seorang pegawai diplomatik yang enggan dikenali mendedahkan, sebanyak 11 bekas anggota tentera melepaskan tembakan ke arah pasukan khas di sekitar Istana Presiden, mengakibatkan tiga penyerang terbunuh dan lapan yang lain ditangkap sambil menambah, situasi kini berada dalam kawalan.

Pegawai tersebut menyatakan, pasukan penyeran bekas tentera itu setia kepada Kolonel Celestin Bilivogui, yang hilang hampir setahun lalu dalam keadaan misteri selepas ditangkap oleh pasukan khas.

Menurut keluarga dan peguamnya, Bilivogui ditemukan mati kelmarin.

Junta yang memerintah menafikan sebarang tembakan berlaku, menyebutnya sebagai khabar angin dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen nasional.

Negara Afrika Barat ini telah diperintah oleh rejim tentera sejak tentera menggulingkan Presiden Alpha Conde pada 2021.

Presiden sementara dari pasukan tentera, Kolonel Mamadi Doumbouya, yang menggulingkan presiden tiga tahun lalu mengatakan, beliau sedang mencegah Guinea daripada jatuh ke dalam kekacauan dan mengecam kerajaan sebelumnya kerana tidak menepati janji. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN