Zuckerberg dedah terima tekanan AS

Zuckerberg dedah terima tekanan AS untuk tapis kandungan Covid-19

JOE Biden.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg mendedahkan bahawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi tekanan kepada syarikatnya untuk menapis kandungan berkaitan maklumat virus dan vaksin Covid-19.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Meta Platforms itu dalam surat bertarikh 26 Ogos yang dihantar kepada Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Zuckerberg menyatakan kekesalannya kerana tidak membantah terhadap tekanan itu lebih awal, atas kapasitinya sebagai pemilik Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Tambah Zuckerberg, syarikatnya menerima tekanan untuk menapis kandungan dan syarikat itu akan menentangnya jika berdepan permintaan sama sekali lagi.

“Pada tahun 2021, pegawai kanan pentadbiran Biden,termasuk White House telah berulang kali menekan pasukan kami selama berbulan-bulan untuk menapis kandungan tertentu berkaitan Covid-19 termasuk kandungan jenaka dan sindiran, dan menyatakan rasa tidak puas hati apabila kami tidak bersetuju,” katanya dalam surat yang disiarkan oleh Jawatankuasa Kehakiman di Facebook.

Pada Julai 2021, Biden pernah menyatakan bahawa platform media sosial seperti Facebook ‘membunuh orang; kerana membenarkan penyebaran maklumat salah mengenai vaksin Covid-19 di platform tersebut.

Malah bekas Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki turut menyatakan bahawa syarikat itu tidak melakukan cukup usaha untuk mengambil tindakan terhadap sebarang maklumat palsu, yang menyukarkan lagi usaha memerangi pandemik dan menyelamatkan nyawa. 

Facebook pada masa itu mendakwa bahawa mereka mengambil langkah agresif untuk memerangi maklumat salah tersebut. Akhirnya, pentadbiran Biden mengurangkan kritikan mereka, meskipun maklumat palsu mengenai vaksin terus tersebar di media sosial.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN