ANKARA : Turkiye menyekat akses ke platform media sosial Instagram, namun tidak menyatakan sebab atau tempoh larangan itu dilaksanakan. Keputusan itu diumumkan di laman web Pihak Berkuasa Teknologi Maklumat (BTK) semalam, lapor agensi berita Arab News. Pegawai komunikasi di pejabat Presiden, Fahrettin Altun pula berkata, langkah itu dibuat selepas hantaran ucapan takziah terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Instagram dipadam. “Ini jelas memperlihatkan sekatan dan tapisan yang tidak beretika,” jelas Fahrettin dalam satu kenyataan di laman X. Syarikat pemilik Instagram, Meta Platforms Inc. bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya