Israel ragut nyawa 10 warga Palestin

Israel ragut nyawa 10 warga Palestin

PENGEBOMAN Israel di perkampungan Khiam, selatan Lubnan susulan pertempuran rentas sempadan antara tentera dan pejuang Hezbollah, pada 23 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Seramai 10 warga Palestin dilaporkan terbunuh dalam serangan Israel di beberapa bandar utara Tebing Barat, demikian menurut jurucakap Bulan Sabit Merah pada Rabu. 

Menurut jurucakap, dua daripada mereka dibunuh berhampiran bandar Jenin, empat lagi di kampung berdekatan, dan selebihnya di sebuah kem pelarian berhampiran bandar Tubas.

Manakala Kementerian Kesihatan Palestin pula melaporkan terdapat dua kematian yang direkodkan di bandar Jenin.

Pasukan keselamatan Israel melancarkan operasi di utara Tebing Barat yang diduduki oleh pendatang haram, kata jurucakap tentera Israel awal pagi Rabu. 

“Pasukan keselamatan telah melancarkan operasi untuk menggagalkan keganasan yang berlaku di Jenin dan Tulkarm,” kata jurucakap tentera Israel, Avichay Adraee dalam kenyataan bersama di Telegram. 

Operasi tersebut berlaku dua hari selepas Israel mendakwa mereka telah melancarkan serangan udara di Tebing Barat sehingga menyebabkan lima orang maut seperti dilaporkan oleh pihak berkuasa Palestin.

Keganasan di Tebing Barat semakin memuncak selari dengan peperangan di Gaza, dengan lebih daripada 640 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera dan peneroka Israel sejak serangan Hamas pada 7 Oktober, menurut kiraan AFP berdasarkan angka kementerian kesihatan Palestin.

Sekurang-kurangnya 19 warga Israel terbunuh dalam serangan Palestin dalam tempoh yang sama, demikian menurut pegawai Israel.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN