SANTA CLARA: Syarikat pengeluar cip terkenal, Intel Corporation (Intel) akan membuang lebih 15,000 orang pekerja melibatkan kira-kira 15 peratus tenaga kerjanya sebagai langkah penjimatan kos. Dalam satu memo kepada kakitangan, Ketua Pegawai Eksekutif Intel, Pat Gelsinger semalam berkata, langkah itu perlu dibuat bagi menjimatkan kos sebanyak AS$10 billion (RM42.5 bilion) pada tahun depan. “Syarikat perlu menyelaraskan kos dengan model operasi baharu. Kita gagal mencatat keuntungan seperti yang diunjurkan. “Intel juga masih belum meneroka bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI). Kos yang terpaksa ditanggung sangat tinggi, sementara margin yang diperoleh rendah,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya