Budak lelaki tak sengaja pecahkan tembikar usia 3,500 tahun

Budak pecahkan tembikar berusia 3,500 tahun

TEMBIKAR berasal dari Zaman Gangsa antara 2200 dan 1500 sebelum Masihi merupakan artifak jarang ditemui.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAIFA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun secara tidak sengaja memecahkan sebuah tembikar berusia 3,500 tahun semasa lawatan ke sebuah muzium di Israel.

Muzium Hecht di Haifa memberitahu BBC, tembikar yang berasal dari Zaman Gangsa antara 2200 dan 1500 sebelum Masihi, merupakan artifak jarang ditemui.

Ia dipamerkan berhampiran pintu masuk muzium tanpa diletakkan dalam almari kaca kerana percaya terdapat daya tarikan istimewa dalam mempamerkan penemuan arkeologi tersebut.

Bapa kanak-kanak itu, Alex berkata, anaknya menarik sedikit tembikar itu kerana ingin mengetahui isi di dalam, menyebabkannya terjatuh.

Beliau pada awalnya terkejut melihat anaknya berada di sebelah tembikar yang dipecahkan dan berfikir ia bukan dilakukan oleh kanak-kanak terbabit.

Muzium Hecht berkata, kanak-kanak itu dan keluarganya dijemput kembali untuk lawatan berpandu selepas kejadian berlaku beberapa hari lalu.

“Ada keadaan di mana barangan pameran sengaja dirosakkan, dan kes-kes seperti ini dianggap serius termasuk melibatkan pihak polis.

“Namun, dalam kes ini, tembikar tersebut secara tidak sengaja dirosakkan oleh seorang kanak-kanak yang melawat muzium, dan tindak balas sewajarnya akan diberikan,” katanya.

Pakar pemuliharaan juga dilantik untuk memulihkan tembikar itu dan dijangka dikembalikan ke tempat asalnya dalam masa terdekat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN