Pemilik suara Nobita meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pemilik suara Nobita meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pemilik suara karakter Nobita dalam siri anime popular ‘Doraemon’, Noriko Ohara, meninggal dunia pada 12 Julai lalu ketika berusia 88 tahun.

Syarikat produksi 81 Produce yang menaunginya memaklumkan berita tersebut semalam dalam satu kenyataan di laman webnya.

“Noriko Ohara atau nama sebenarnya Noriko Tobe meninggal dunia pada 12 Julai lalu selepas menjalani rawatan akibat sakit.

“Acara pengebumiannya telah diadakan secara tertutup atas permintaan keluarga. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kebaikan yang ditunjukkan sepanjang hayatnya,” jelas agensi tersebut.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memaklumkan penyakit yang dialami beliau.

Ohara meminjamkan suaranya bagi watak Nobita selama 26 tahun bermula dari 1979 hingga 2005.

Peranan itu memberinya pengiktirafan merentasi pelbagai generasi.

Beliau juga melakonkan suara pelbagai watak dalam karya anime lain, termasuk budak lelaki yang bertenaga seperti Peter, seorang pengembala kambing dalam Heidi: Girl of the Alps, dan Conan dalam Future Boy Conan serta watak perempuan Doronjo, penjahat dalam “-Yatterman dan Oyuki dalam Urusei Yatsura. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya