COLOMBO: Sekurang-kurangnya 13 orang cedera selepas seekor gajah mengamuk semasa acara keagamaan di selatan Sri Lanka, semalam. Insiden berlaku pada malam Sabtu semasa perarakan Ruhunu Kataragama Mahadevala, acara keagamaan dan kebudayaan utama yang diadakan di Kataragama, wilayah Uva. Polis berkata, mereka yang cedera kini dirawat di hospital tempatan, namun tiada mangsa parah. Dalam acara sedemikian, gajah dihiasi dengan pakaian berwarna-warni menjadi tarikan utama dan tradisi dalam acara keagamaan di Sri Lanka. Kejadian gajah mengamuk semasa acara sebegini juga adalah perkara biasa. Pihak berkuasa sering menggesa orang ramai untuk mengelak daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya