SAN FRANCISCO: Polis San Francisco menahan sekumpulan penunjuk perasaan pro-Palestin yang menyerbu lobi bangunan menempatkan konsulat Israel. Menurut pihak berkuasa, beberapa individu ditahan dan kemungkinan ditangkap selepas mereka enggan beredar. “Pegawai sudah membuat beberapa amaran kepada individu untuk bersurai dan keluar dari harta persendirian itu,” kata polis dalam satu kenyataan. Seorang saksi Reuters menganggarkan kira-kira 50 orang berada di dalam bangunan di tingkat bawah konsulat tersebut. Polis kemudian dilihat membawa kumpulan penunjuk perasaan tersebut keluar dari bangunan itu seorang demi sseorang dan memasukkan mereka ke dalam kenderaan polis dengan tangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya