JAKARTA: Polis Indonesia berjaya menahan seorang penjenayah paling dikehendaki di Thailand yang melarikan diri dari tahanan tahun lepas, lapor pegawai kanan polis. Ketua Agensi Siasatan Jenayah Indonesia, Wahyu Widada berkata, Chaowalit Thongduang, 37, ditahan di pulau peranginan Bali pada Khamis lalu. “Chaowalit adalah antara buruan yang paling dikehendaki oleh pihak berkuasa Thailand kerana melakukan banyak jenayah sebelum melarikan diri ke Indonesia untuk bersembunyi. “Dia memasuki Indonesia pada Disember 2023 selepas perjalanan selama 17 jam dengan bot laju,” katanya. Menurut, Setiausaha Agung Lembaga Kawalan Narkotik Thailand, Phanurat Lukboon, Chaowalit yang juga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya