PARIS: Pemimpin Eropah mengecam serangan ke atas Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen yang dilaporkan ditolak oleh seorang lelaki di Dataran Copenhagen hari ini. Presiden Majlis Eropah (EC), Charles Michel dan Presiden Parlimen Eropah, Roberta Metsola menyelar serangan ke atas Frederiksen yang disifatkan sebagai tindakan pengecut. Menteri Alam Sekitar Denmark, Magnus Heunicke dalam hantaran di media sosial pula menyifatkan kejadian itu mengejutkan. Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan serangan ke atas Perdana Menteri Denmark itu tidak boleh diterima. “Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan berharap Frederiksen cepat sembuh,” tulis Macron…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya