JAKARTA: Indonesia akan menguji teksi terbang pertamanya di ibu negara baharu Nusantara Julai ini menjelang pameran yang dijangkakan pada sambutan Hari Kemerdekaan pada 17 Ogos. Ketua Lembaga Ibu Kota Nusantara, Bambang Susantono berkata, alat ganti kenderaan itu tiba di Balikpapan di Kalimantan Timur sementara baterinya sudah berada di Jakarta dan akan dihantar ke Samarinda. Sesi percubaan kenderaan yang boleh membawa lima orang itu akan dijalankan di lapangan terbang Samarinda selama sebulan selepas bahagian-bahagian itu diperiksa dan dipasang. Teksi terbang itu adalah kerjasama antara Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea (KARI) dan Syarikat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya