MANILA: Pihak berkuasa Filipina mengarahkan pemindahan penduduk yang tinggal berhampiran gunung berapi Kanlaon berikutan letusan yang menghamburkan abu tebal setinggi lima kilometer (km) ke udara. Pegawai kerajaan memberi amaran kemungkinan letusan lanjutan, abu berbahaya dan bau sulfurik dengan sungai di hilir gunung berapi tersebut dikhuatiri berisiko mengalami banjir kilat serta aliran lumpur. Menurut agensi pertahanan awam negeri dalam satu kenyataan, pasukan tindak balas sudah dikerahkan di kawasan terjejas untuk memindahkan penduduk ke tempat selamat “Segera ke pusat pemindahan masing-masing, berwaspada, dan sediakan perkara penting seperti air dan makanan,” kata Datuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya