JAKARTA: Kementerian Luar Negeri Indonesia menghantar pulang 216 rakyatnya yang ditahan di tujuh pusat imigresen di Malaysia, semalam. Kesemua mereka dihantar pulang menaiki penerbangan komersial ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Cengkareng, Banten dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan, Sumatera Utara. “Warganegara Indonesia yang dihantar pulang terdiri daripada ibu dan anak mereka, wanita mengandung, warga emas, mereka yang sakit dan rakyat Indonesia yang dipenjarakan lebih enam bulan,” kata kementerian itu dalam kenyataan. Kira-kira 129 warga Indonesia pulang ke Jakarta dalam tiga kumpulan penerbangan berasingan, manakala 87 lagi dihantar ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya