NEW YORK: Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap syarikat farmaseutikal AstraZeneca, mendakwa menjadi kurang upaya kekal selepas mengambil vaksin Covid-19 daripada syarikat itu. Lapor The Telegraph, Brianne Dressen, 42, mendakwa mengalami masalah saraf selepas mengambil bahagian dalam percubaan vaksin tersebut pada tahun 2020. Dressen kini menyaman syarikat itu untuk pelanggaran kontrak kerana syarikat itu gagal memberikannya rawatan perubatan selepas percubaan itu. Dressen dilaporkan memfailkan saman itu Ahad lalu. Dalam dokumen tersebut, Dressen menjelaskan dia dijanjikan bahawa syarikat itu akan menanggung perbelanjaan untuk kecederaan penyelidikan dengan syarat kosnya munasabah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya