NEW YORK: Kegilaan memeluk dan membelai lembu oleh warga Amerika Syarikat (AS) sebagai aktiviti rekreasi kini terencat berikutan penyebaran wabak selesema burung yang turut menjangkiti haiwan itu. Trend baharu yang semakin tular dalam media sosial itu melibatkan pengunjung membayar untuk duduk dan membelai sekumpulan lembu di kandang sambil membantu peladang kecil menampung kos makanan haiwan tersebut. Lapor Sky News, ramai pengunjung menganggap aktiviti itu sebagai terapi baharu untuk menghilangkan tekanan. Bagaimanapun, aktiviti tersebut berisiko selepas selesema burung disahkan dalam kalangan kumpulan lembu tenusu di sembilan negeri di AS. Para saintis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya