WASHINGTON: Ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih dua dekad melanda bumi, mencetuskan fenomena aurora menakjubkan di langit dari Tasmania ke Britain. Bagaimanapun fenomena itu turut mengancam kemungkinan gangguan satelit dan grid kuasa yang dijangka berterusan sehingga hujung minggu. Menurut Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), beberapa pengusiran plasma dan medan magnet pertama dari matahari dikesan kelmarin. Kejadian itu menghasilkan ribut geomagnet ekstrem yang pertama sejak Oktober 2003, menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Sweden dan merosakkan infrastruktur kuasa di Afrika Selatan. Media sosial dibanjiri dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya