Ramai warga emas China hidup susah lepas bersara

Ramai warga emas China hidup susah lepas bersara

An elderly woman begs for alms in the Kowloon district of Hong Kong on February 27, 2024, a day ahead of the city's annual budget to be announced on February 28. (Photo by Peter PARKS / AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Ramai warga emas di China tidak mampu menyara hidup sendiri selepas pencen hasil tinjauan Reuters di negara itu. 

Keadaan itu memaksa mereka untuk bekerja semula walaupun sepatutnya hanya perlu menikmati usia persaraan dengan selesa di rumah. 

Alternatif lain bagi mereka serta 100 juta pekerja yang datang dari luar bandar adalah pulang ke kampung dan tinggal di ladang kecil dengan menikmati pencen bulanan 123 yuan (RM80) ketika mencapai umur persaraan. 

Situasi sama dialami oleh Hu Dexi, 67. Tiga dekad menjual roti buatan sendiri di tepi jalan di bandar Xian, dia sudah berfikir untuk memperlahankan jualan tersebut. 

Katanya, dia dan isteri mahu berpindah ke pinggir Beijing. 

Mereka memilih untuk bangun seawal pukul 4 pagi setiap hari dan menjual makanan tengah hari berbungkus, kemudian berulang-alik selama lebih sejam ke pusat beli-belah di pusat bandar. 

Perniagaan itu mampu menjana pendapatan 4,000 yuan (RM2,623) sebulan. Isterinya pula bekerja sebagai tukang cuci dengan syif selama 13 jam. 

“Tiada sesiapa boleh menjaga kami. Saya tidak mahu membebankan dua anak,” luahnya yang masih mengemop lantai di usia tua. 

China yang merupakan pengeksport terbesar dunia kini berdepan risiko penurunan mendadak dalam taraf hidup golongan warga emas. 

Ahli ekonomi pula menyifatkan sistem keselamatan sosial tidak bersesuaian dengan krisis demografi yang semakin teruk di China.  

Pemberian pencen di China adalah berdasarkan sistem pasport dalaman yang dikenali sebagai hukou, yang membahagikan penduduk di bandar dan luar bandar, sekali gus mewujudkan perbezaan besar dalam pendapatan dan akses kepada perkhidmatan sosial.

Pencen bulanan di bandar Beijing dan Shanghai adalah kira-kira 3,000 yuan (RM1,967), manakal, di wilayah kurang membangun kira-kira 6,000 yuan (RM3,935) . 

Mac lalu, China meningkatkan pencen minimum sebanyak 20 yuan (RM13), sekaligus menjadi 123 yuan (RM80) sebulan yang memberi manfaat kepada 170 juta orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya