SEOUL: Korea Selatan akan membenarkan doktor asing bekerja di hospitalnya selepas proses pemeriksaan yang ketat berikutan mogok selama berbulan-bulan oleh pegawai perubatan pelatih yang tidak menunjukkan sebarang tanda penyelesaian. Beribu-ribu doktor pelatih berhenti kerja pada 20 Februari lalu untuk membantah rancangan kerajaan melatih lebih ramai doktor, menyebabkan kekecohan di banyak hospital. Kerajaan yang menawarkan beberapa konsesi dalam usaha untuk menamatkan kebuntuan berkata, doktor dengan lesen perubatan asing akan dibenarkan untuk bertugas di negara itu dalam usaha mengurangkan gangguan perkhidmatan. Selepas langkah itu diumumkan, Ketua Persatuan Perubatan Korea (KMA), Lim Hyun-taek…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya