JAKARTA: Sebanyak 9,083 penduduk di Pulau Tagulandang yang tinggal dalam lingkungan tujuh kilometer (km) dari pusat letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara mula dipindahkan ke kawasan lebih selamat. Pemindahan itu dibuat berikutan saranan daripada Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana (PVMBG) selepas kawasan bahaya akibat letusan gunung berapi itu diperluaskan. Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Lt. Jeneral Suharyanto berkata, sehingga kini seramai 3,364 orang sudah dipindahkan dari Pulau Tagulandang. Sementara itu, masih terdapat 5,719 orang dalam proses pemindahan yang sedang dijalankan secara berperingkat dan dijangka selesai dalam tempoh tiga hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya