JAKARTA: Sebuah gunung berapi di timur Indonesia memuntahkan kepulan abu setinggi enam kilometer (km) ke udara dalam hampir 100 letusan terbaharu sejak awal tahun ini. Menurut pihak berkuasa, letusan baharu di Gunung Ibu di pulau Halmahera di wilayah Maluku Utara itu dilaporkan berlaku pada pukul 3:30 pagi (waktu tempatan) hingga menyebabkan debu pasir berguguran melitupi kawasan sekitarnya. Gunung berapi tersebut yang sudah meletus sekurang-kurangnya 95 kali sejak awal tahun, kini berada pada tahap berjaga-jaga tertinggi dalam sistem empat peringkat Indonesia selepas pihak berkuasa menaikkannya awal bulan ini. “Kepulan abu besar…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya