CHANTHABURI: Gelombang haba yang melanda Asia Tenggara turut menjejaskan pengeluaran buah durian di Thailand. Ramai penanam dan penjual raja buah itu mengakui semakin gusar apabila pemanasan global menyebabkan hasil tanaman mereka menyusut sedangkan kos penyelenggaraannya semakin meningkat. “Tahun ini adalah krisis. Jika cuaca panas terus meningkat pada masa hadapan, penghasilan buah akan berakhir. Petani tidak akan dapat mengeluarkan durian lagi,” kata petani durian, Busaba Nakpipat. Wanita berusia 54 tahun yang mengambil alih ladang ibu bapanya di timur wilayah Chanthaburi, kawasan utama pengeluaran durian di Thailand sejak tiga dekad lalu itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya