JAKARTA: Parti pemerintah Indonesia yang akan datang sedang mempertimbangkan untuk mencalonkan anak saudara bakal Presiden, Prabowo Subianto dalam pemilihan Gabenor Jakarta pada 27 November ini. Pengerusi Gerindra Jakarta, Ahmad Riza Patria memberitahu portal CNA, parti itu mencadangkan empat nama iaitu Rahayu Sara Djojohadikusumo, Budi Djiwandono, Rani Maulani dan beliau sendiri. Rahayu dan Budi Djiwandono, masing-masing adalah anak saudara kepada Prabowo. Ahmad ialah bekas Timbalan Gabenor Jakarta sementara Rani ialah ahli dan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Wilayah Jakarta. Kedua-dua Rahayu dan Budi juga dicadangkan sebagai bakal pengganti Prabowo sebagai pengerusi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya